fbpx
Zainal Rashid bersama Ilham Fansuri.

Sumud Flotilla: Anak Zainal Rashid tidak sedarkan diri, dikejarkan ke Hospital Alma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Dia dah collapse (rebah) teruk habis, tak boleh buka mata.”

Demikian kata aktivis dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad berhubung keadaan anaknya, Ilham Fansuri yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai ZRA Strim berkata, anaknya tidak sedarkan diri pada hari ke-28 pelayaran misi bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk Palestin.

“Dia tak sihat, collapse (rebah) teruk sebab pelayaran terlampau lama. Jaminan 16 hari (jangkaan asal), selepas itu 28 hari. Hari ke-28 dia collapse. Saya hantar ke kapal bertaraf hospital, Hospital Alma.

“Tinggalkan dengan pakar-pakar untuk uruskan dia. Saya serahkan ‘please take care my daughter’ (tolong jaga anak saya). Dia tak boleh buka mata, sampai saya buka mata dia suluh dengan lampu suluh.

“Anak mata dia dah tak kembang. Dr. Hashim dari Turkiye beritahu ‘ini dah teruk’,” katanya menerusi siaran langsung bersama penulis geopolitik, Ahmad Faezal.

Zainal Rashid berkata, anak perempuannya itu muntah dan hanya memakan buah oren memandangkan tiada gas untuk memasak.

“Bot sempit terumbang-ambing, selepas itu dipindahkan tiga hari dalam bot kecil, ombak kuat.

“Saya nampak ‘tak jadi apa anak aku ni kalau biarkan jadi lain macam’. (jadi) Saya hubungi kecemasan untuk mereka bawa anak sebab dah teruk,” katanya.

Tambah beliau, sepanjang siaran langsung di media sosial, Ilham hanya tidur pada waktu tersebut.

“Dia pegang telefon, tapi dia tidur sebab teruk (keadaan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI