fbpx
Majlis tersebut diadakan dengan meriah. - TikTok

Bercerai pun boleh buat kenduri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan penganjuran sebuah majlis kesyukuran selepas perceraian yang diadakan dengan meriah, lapor laman berita Lambe Turah semalam.

Acara berlangsung di Malang, wilayah Jawa Timur Sabtu lalu dan dimuat naik di platform TikTok.

Dalam video tersebut, sejumlah orang dilihat menghadiri majlis meriah itu yang lengkap dengan hidangan makanan dan dekorasi seperti majlis perkahwinan.

“Saya menghadiri majlis kesyukuran sempena menyambut perceraian. Lihatlah majlis ini diadakan dengan meriah sehinggakan mempunyai sistem bunyi.

“Tidak ada sumbangan wang seperti majlis kahwin, cuma tuan rumah memberi orang ramai makan secara percuma,” kata seorang individu dalam video itu.

Konsep acara itu menjadi perdebatan pengguna media sosial dengan ramai yang menyifatkannya sebagai budaya baharu dalam menghadapi perceraian.

Namun, terdapat juga sebilangan netizen yang menganggap majlis itu berlebih-lebihan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI