fbpx
RODRI (kanan) pernah diketepikan hampir setahun disebabkan kecederaan ACL yang serius dialami tahun lalu. - AFP

Man. City tak berani risikokan Rodri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui resah apabila tonggak utama, Rodri kembali dibelenggu kecederaan sekali gus terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bertemu AS Monaco di Stade Louis II awal pagi esok.

Menurut Guardiola, pemain antarabangsa Sepanyol itu merasai kesakitan di bahagian lutut pada sesi latihan minggu lalu sekali gus terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Burnley yang menyaksikan City menang 5-1.

Kata Guardiola, barisan kejurulatihan enggan mengambil risiko kerana pemenang Ballon d’Or 2024 itu telah disisihkan hampir setahun kerana kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) tahun lalu.

“Ketika sesi latihan, Rodri bercakap dia tidak selesa dan merasai kesakitan di bahagian lutut. Saya kata kepadanya supaya tidak risau kerana masih ada pemain lain yang boleh beraksi di posisi tengah.

“Saya rasa ini adalah kecederaan susulan daripada ACL yang dialami sebelum ini dan saya harap tidak terlalu serius. Apa yang penting, kami perlu berikan masa untuk Rodri jalani pemulihan,” katanya.

Sementara itu, Guardiola lega apabila pemain sayap sensasi, Savinho sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu dengan pasukan sekali gus menepis spekulasi bakal berhijrah pada jendela perpindahan akan datang.

“Saya dimaklumkan pengurusan semakin hampir mencapai kata sepakat dengan Savinho. Tawaran ini membuktikan dia sentiasa berada dalam perancangan saya untuk kekal bagi tempoh jangka panjang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN