fbpx
Lucas Pacqueta (kiri) antara tonggak penting West Ham pada aksi bertemu Everton awal pagi tadi.

EPL: Nuno puas The Hammers pandai ‘melawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus West Ham United, Nuno Espirito Santo mengakui pasukannya masih belum matang selepas hanya mampu meraih keputusan seri 1-1 dengan Everton di Stadium Hill Dickinson dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Bekas pengendali Nottingham Forest itu menjelaskan masih banyak perkara perlu dipelajari, namun tetap memuji reaksi balas positif ditunjukkan oleh barisan pemainnya.

“Mesej yang mahu dijelaskan cukup mudah, bersaing sebagai satu pasukan. Daripada apa yang kami harungi, kami masih perlu belajar banyak perkara lagi. 

“Namun, reaksi pasukan cukup bagus walaupun kita tahu ini adalah perlawanan sukar. Masih ada perkara positif dan sekarang masa untuk analisis serta mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Terdahulu, Michael Keane memastikan permulaan baik buat tuan rumah, namun Jarrod Bowen sekali lagi tampil menyelamatkan maruah The Hammers apabila meledak jaringan penyamaan di babak kedua.

Aspek pertahanan menjadi antara perkara menjadi perhatian  Espirito Santo yang menganggap pemainnya tidak cukup agresif untuk mengekang jaringan pertama Everton.

“Kami patut lebih agresif dan berada rapat dengan Keane, namun di separuh masa kedua ia bertambah baik. 

“Perkara ini akan mampu diubah secara semulajadi dan sekarang kami akan memulakan langkah ke arah itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI