fbpx
Anthony bercakap pada sidang akhbar berhubung Budi95 di Kementerian Pengangkutan, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

150,000 pemilik lesen memandu belum layak Budi95, tidak kemas kini MyKad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan mendedahkan sekitar 150,000 pemilik Lesen Memandu Malaysia (LMM) belum layak menikmati program Budi Madani RON95 (Budi95) ekoran tidak mengemas kini maklumat MyKad masing-masing.

Menterinya, Anthony Loke berkata, jumlah itu mewakili 0.88 peratus daripada keseluruhan 17 juta penerima Budi95 yang layak di seluruh negara.

Beliau berkata, semakan mendapati, tiga kategori pemilik LMM yang belum mengemaskini maklumat itu termasuk pemilik kad pengenalan lama, nombor Sijil Kelahiran Malaysia dan nombor pengenalan diri tentera dan polis.

“Kami mendapati ada sebilangan kecil pemegang LMM mungkin menghadapi sedikit masalah teknikal. Mereka ini sebenarnya layak menikmati Budi95 jadi tidak perlu bimbang.

“Mereka hanya perlu hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mengemaskini maklumat (butiran kad pengenalan baharu),” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya mendapati, masih ada pemegang LMM menggunakan Lesen Memandu Pasukan iaitu yang dikeluarkan pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Jelasnya, beliau juga telah arahkan kaunter JPJ di seluruh negara termasuk di ibu pejabat dan negeri supaya membuka kaunter khas bagi kumpulan itu mengemaskini maklumat kad pengenalan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI