fbpx
Pekerja penyelenggara terselamat selepas terkandas di ketinggian 40 meter menara telekomunikasi di Simpang Ampat, Seberang Perai, hari ini.

30 minit terkandas atas menara telekomunikasi angkara tebuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja penyelenggara berdepan detik cemas apabila terkandas di atas menara komunikasi dengan ketinggian 40 meter gara-gara mengelak daripada disengat tebuan dalam kejadian di Lingkaran Cassia Selatan di sini, hari ini.

Mangsa merupakan warga Pakistan berusia 29 tahun itu bagaimanapun berjaya turun ke bawah dengan selamat, menerusi bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman tebuan kira-kira pukul 12.03 tengah hari tadi.

Menurutnya, mangsa didapati telah terkandas di platform empat menara komunikasi terbabit semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Mangsa tidak dapat turun disebabkan sarang tebuan berdiameter 25 sentimeter dan tebuan sedang berkeliaran di platform satu dengan ketinggian 10 meter.

“Anggota membuat ‘size up’ dengan sut perlindungan diri (PPE) lengkap melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan menaikkan baju kalis serangga JBPM kepada mangsa melalui tali keselamatan yang telah dipasang pihak penyelenggara.

“Mangsa akhirnya berjaya turun dengan selamat dan lokasi kemudiannya diserahkan kepada pihak pengurusan menara komunikasi berkenaan untuk menghubungi Pihak Kawalan Serangga Perosak bagi kerja-kerja pemusnahan sarang tebuan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Jelas beliau, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 12.33 tengah hari tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN