fbpx
Lokasi penemuan kain kafan dan tulang-temulang manusia di tapak projek Projek Desa Sindang Panon. - Istimewa

Kain kafan, tulang berselerak di tapak projek kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penemuan kain kafan dan tulang manusia yang berselerak di sebuah lokasi projek pembangunan kediaman mengundang perhatian ramai, lapor laman berita Detik semalam.

Insiden berlaku di Projek Desa Sindang Panon, Tangerang, wilayah Banten.

Dalam video yang dikongsikan, cebisan kain kafan berwarna putih dilihat berselerak di beberapa lokasi.

Tulang-temulang turut ditemukan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Tangerang, Asisten Komisioner Kanan Indra Waspada Amirullah berkata, pihaknya sudah menyoal beberapa orang saksi berkenaan penemuan tersebut.

“Berdasarkan keterangan saksi, lokasi itu dahulunya merupakan tanah perkuburan.

“Kubur-kubur bagaimanapun sudah dipindahkan sebelum projek pembangunan dimulakan,” katanya.

Tambah Indra, pasukan projek kemudiannya berkoordinasi dengan kerajaan tempatan untuk menguruskan kain kafan dan tulang. 

“Kain kafan dan tulang-temulang kemudiannya akan dikebumikan semula dengan cara yang betul,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN