TAMPIN – Kemalangan yang dialami seorang wanita rupanya membawa tuah apabila dia kini bergelar usahawan membaiki komputer yang menjana pendapatan lumayan setiap bulan. Norlela Jamil, 54, berkata, dia tidak menyangka pengajian bidang teknologi maklumat di sebuah universiti yang diambil pada 25 tahun lalu kini berguna untuknya mencari rezeki. Ceritanya, dia kemalangan pada awal 1990an ketika membonceng motosikal bersama rakan untuk menguruskan pameran sempena konvokesyen sebelum nekad sambung pelajaran. “Impak kemalangan saya tidak boleh berjalan dan perlu pakai lampin pakai buang……