fbpx
Tangkap layar video tersebut yang dimuat naik di akaun Instagram Farah Lee.

[VIDEO] Sumud Flotilla: Nak tangkap buah oren, tapi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perjalanan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza terus mencatat kisah kemanusiaan yang penuh pengorbanan, suka dan duka sehingga meruntun hati orang ramai.

Menerusi video dimuat naik aktivis kemanusiaan Farah Lee di akaun Instagram, dalam salah satu pertemuan di tengah laut, peserta flotila bertemu dengan kru kapal lain yang kehabisan bekalan buah-buahan.

Tanda solidariti dizahirkan apabila kru bot Farah Lee menghulurkan beberapa buah oren ke atas peserta kapal lain dengan cara membalingnya.

Ketika itu, kedua-dua bot sedang bergerak laju dan sukar untuk menyeimbangkan badan disebabkan laut yang sedang bergelora.

Di sebalik cubaan itu, satu insiden kecil berlaku apabila telefon pintar milik salah seorang peserta terjatuh ke laut ketika cubaan menangkap buah oren tersebut.

“Senyum terukir, tawa tercipta. Tanpa disedari, sebuah telefon bimbit terjatuh ke dalam laut.

“Telefon tersebut tenggelam bersama ribuan gambar dan memori yang tersimpan di dalamnya.

“Beginilah perjalanan ini. Ada manis, ada kehilangan. Namun semuanya demi Gaza, demi kemanusiaan,” tulis Farah Lee di ruangan kapsyen.

Rentetan itu ramai rakyat Malaysia di ruangan komen mendoakan agar pemilik telefon tersebut digantikan dengan sesuatu yang lebih baik kelak.

“Semoga Allah gantikan sesuatu dengan lebih baik untuk beliau,” komen Noorazma.

“Kalau aku tu makan buah oren sambil menangis dah. Macam manalah nak hubungi keluarga, semoga dipermudahkan,” komen Nasiha.

“Allahu sedihnya rasa barang milik sendiri jatuh ke dalam laut ketika cuba nak dapatkan buah. Kuatnya anda,” komen Lynn Rahim.

GSF kini meneruskan pelayaran membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, simbol perpaduan dan sokongan antarabangsa terhadap rakyat Palestin yang terus berdepan sekatan berpanjangan.

Seramai 34 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza bagi menyalurkan bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Sebelum ini beberapa kapal pelayaran misi tersebut dilaporkan rosak akibat serangan dron oleh rejim Zionis.

Bagaimanapun, kesemua penumpang dilaporkan selamat dan tiada kecederaan berlaku sepanjang tempoh pelayaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Children+Charity (@fl.childrity)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI