fbpx
[11:25 am, 29/09/2025] +60 14-924 3239: 'Miskin bukan alasan, kamu jatuh kami sambut' Oleh ALIA NATASHA CHAHIDAN PETALING JAYA - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menawarkan pembiayaan pengajian dan laluan kerjaya kepada seorang pelajar cemerlang yang terpaksa berhenti belajar dan bekerja di kilang disebabkan faktor kemiskinan. “Pagi-pagi dah terima mesej ada pelajar cemerang SPM 9A, Asasi 3.87 tapi berhenti belajar untuk kerja kilang sebab faktor kemiskinan. “Mara akan tawar pembiayaan belajar Kejuruteraan Elektrik dan laluan kerjaya yang baik di BMI, UniKL,” tulisnya di ruangan Facebook. Menerusi perkongsian di Facebook, Mohammad Aiman Afiq Mohd Basri, 19, memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.87 ketika di peringkat Asasi. Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian, Nibong Tebal itu pada asalnya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di peringkat Asasi. Namun, pengajiannya terhenti selepas biasiswanya ditamatkan serta merta menyebabkan Aiman, anak sulung dari dua beradik, mengambil keputusan berhenti belajar dan bekerja sebagai operator kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bapanya, Mohd. Basri Abdul Manas, 51, tidak bekerja akibat masalah kemurungan kritikal, manakala ibu, Rashidah Ali, 51, menyara keluarga dengan mengambil upah membungkuskan nasi lemak dengan pendapatan RM20 sehari. Asyraf Wajdi berkata, beliau turut meminta UMNO Bahagian untuk membantu mendapatkan bantuan kepada keluarga tersebut. “Saya sendiri nak berjumpa dengan pelajar ini untuk memujuknya meneruskan pengajian. “Saya sudah berbincang dengan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara lepas Subuh tadi dan bersetuju untuk menawarkan tempat dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di British Malaysia Institute (BMI) bawah UniKL yang seiring dengan pencapaiam keputusan Asasinya,” katanya. - KOSMO! ONLINE [11:26 am, 29/09/2025] +60 14-924 3239: Tangkap layar hantaran Asyraf Wajdi di Facebook.

‘Miskin bukan alasan, kamu jatuh kami sambut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menawarkan pembiayaan pengajian dan laluan kerjaya kepada seorang pelajar cemerlang yang terpaksa berhenti belajar dan bekerja kilang atas faktor kemiskinan.

“Pagi-pagi dah terima mesej ada pelajar cemerang SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 9A, Asasi 3.87 tetapi berhenti belajar untuk kerja kilang sebab faktor kemiskinan.

“Mara akan tawar pembiayaan belajar Kejuruteraan Elektrik dan laluan kerjaya yang baik di BMI, UniKL (Universiti Kuala Lumpur),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi perkongsian di Facebook, Mohammad Aiman Afiq Mohd. Basri, 19, memperoleh keputusan 9A dalam SPM dan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.87 di peringkat Asasi.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Nibong Tebal itu pada asalnya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di peringkat Asasi.

Namun, pengajiannya terhenti selepas biasiswanya ditamatkan serta-merta menyebabkan anak sulung daripada dua beradik itu mengambil keputusan berhenti dan bekerja sebagai operator kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bapanya, Mohd. Basri Abdul Manas, 51, tidak bekerja akibat masalah kemurungan kritikal, manakala ibunya, Rashidah Ali, 51, pula menyara keluarga dengan mengambil upah membungkus nasi lemak dengan upah RM20 sehari.

Asyraf Wajdi berkata, beliau turut meminta UMNO Bahagian membantu mendapatkan bantuan untuk keluarga tersebut.

“Saya sendiri nak berjumpa dengan pelajar ini untuk memujuknya meneruskan pengajian.

“Saya sudah berbincang dengan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara selepas Subuh tadi dan bersetuju untuk menawarkan tempat dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di British Malaysia Institute (BMI) bawah UniKL seiring dengan pencapaian keputusan Asasinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI