fbpx
Pekerja persekutuan yang dipecat berkumpul di atrium Bangunan Senat Pejabat Hart pada 29 April lalu di Washington, DC. - AFP

Trump berhentikan 100,000 kakitangan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump bakal menyaksikan peletakan jawatan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) esok, dengan lebih 100,000 pekerja persekutuan bersedia berhenti secara rasmi, lapor akhbar The Guardian.

Ia adalah sebahagian daripada gelombang terbaharu program peletakan jawatan yang tertunda.

Dengan Kongres berdepan tarikh akhir esok untuk meluluskan lebih banyak peruntukan atau berdepan risiko penutupan kerajaan, White House mengarahkan agensi-agensi persekutuan merangka rancangan pemecatan pekerja secara besar-besaran jika parti pemerintah dan pembangkang gagal mencapai kesepakatan.

Sebilangan pekerja  berkata, mereka berdepan ugutan dan berada dalam ketakutan selama berbulan-bulan selain  tidak mempunyai pilihan melainkan melepaskan jawatan masing-masing.

“Kakitangan persekutuan dijadikan  kambing hitam, apabila keselamatan pekerjaan mereka tidak menentu dan apabila keseimbangan kerja-kehidupan dilucutkan, mereka berundur,” kata seorang pekerja lama di Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan kepada The Guardian. 

Program peletakan jawatan itu menelan belanja sebanyak AS$14.8 bilion (RM62.3 bilion), dengan 200,000 pekerja dibayar gaji dan faedah penuh mereka semasa cuti pentadbiran sehingga lapan bulan, demikian menurut laporan Senat Demokrat pada Julai lalu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI