KOTA BHARU – Bunyi transaksi kemasukan wang ke dalam akaun bank pada mesin kod respons pantas (QR) mampu mengelakkan peniaga-peniaga daripada ditipu pelanggan yang menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian. Presiden Persatuan Batik dan Kraf, Bazar Buluh Kubu, Datin Nik Rosmawati Nik Yusoff berkata, seramai 100 peniaga di bazar berkenaan telah menggunakan kaedah itu sejak tahun lalu. Menurutnya, setakat ini tiada laporan diterima daripada peniaga di pasar tersebut mengenai penipuan pembayaran pelbagai barangan ketika menggunakan perkhidmatan kod QR. “Bunyi transaksi……