fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan bot yang dinaiki penumpang terbalik ketika sedang melakukan aktiviti parasailing di Langkawi, hari ini.

Bot parasailing terbalik di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Lapan orang termasuk dua pengendali bot pelancong dipercayai cedera selepas bot yang dinaiki mereka terbalik ketika sedang melakukan aktiviti parasailing di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superitendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai insiden tersebut pada pukul 1.15 tengahari tadi di Pantai Tengah, di sini.

“Bot tersebut membawa enam pelancong, tiga lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan seorang kanak kanak lelaki termasuk dua kakitangan bot terbalik di kawasan Pantai Tengah.

“Semua mangsa diselamatkan oleh orang awam di kawasan sekitar,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, semua mangsa hanya mengalami cedera ringan.

Beliau memberitahu, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi bagi mendapatkan rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN