fbpx
Anggota polis membawa suspek selepas prosiding sambung reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSALWANI CHE SOH/KOSMO!

‘Datuk John’ disyaki dalang sindiket seludup minyak masak disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang ahli perniagaan yang dipercayai menjadi dalang bagi sindiket penyeludupan minyak masak peket ke Thailand disambung reman dua hari.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 28 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bermula esok hingga Selasa ini.

Suspek sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan, sindikey penyeludupan minyak masak peket didalangi seorang lelaki yang dikenali ‘Datuk John’ tumpas selepas suspek dan anak-anak buahnya ditahan menerusi Operasi Bersepadu Membanteras Penyelewengan dan Penyeludupan Barang Kawalan Bersubsidi di daerah ini dan Pasir Puteh.

Lelaki berusia 28 tahun itu merupakan antara lapan suspek yang ditahan termasuk dua penjawat awam dipercayai terlibat dengan kegiatan ‘counter setting’ di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatandi negeri ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, siasatan mendapati, Datuk John dan ahli sindiketnya dipercayai terlibat dengan kegiatan penyeludupan minyak masak peket ke Thailand sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, lelaki itu bersama dua penjawat awam dicekup dalam serbuan di Jalan Kuala Krai di sini pada Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN