KAHERAH – Sebuah majlis perkahwinan di Mesir bertukar pilu apabila pengantin lelaki meninggal dunia dalam dakapan isterinya ketika mereka menari bersama, lapor akhbar The Sun UK.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di Aswan Governorate, petang Khamis lalu.
Rakaman video dimuat naik di platform X menunjukkan pengantin lelaki yang bernama Ashraf Abu Hakam, sedang menari sambil memegang tangan pasangannya.
Situasi bertukar cemas apabila Ashraf tiba-tiba rebah, menyebabkan orang ramai terkejut dan menjerit.
Tetamu dan pengantin perempuan cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal.
Doktor kemudian mengesahkan bahawa Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung.
Kisah sedih itu tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya lebih bimbang kepada isterinya. Semoga Tuhan memberinya kesabaran,” kata seorang netizen. – AGENSI