fbpx
Pemain pilihan Singapura, Jordan Nicholas Vestering (dua kanan) mengejar bola dari pemain pilihan Selangor, Mohd Faisal Abdul Halim pada perlawanan Piala Sultan Selangor 2025 di Stadium Merdeka di sini hari ini. Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Gergasi Merah juara Piala Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Skuad Pilihan Selangor mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Selangor 2025 selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Merdeka, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, pemangku jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel membariskan kesebelasan gabungan pemain muda dan senior dengan Faisal Halim kekal selaku kapten pasukan.

Faisal membalas kepercayaan yang diberikan apabila mencipta peluang buat Harry Danish meledak gol pertama pada minit ke-20.

Namun, kelekaan di benteng pertahanan menyaksikan mereka dibolosi pada penghujung babak pertama hasil penyudah menarik yang dilakukan oleh pemain Singapura, Takumi Yokohata

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha memburu gol kemenangan pada babak kedua tetapi tuah memihak kepada tuan rumah selepas diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Kesempatan itu digunakan oleh pemain gantian, Chrigor Moraes yang bijak menyudahkan sepakan penalti dengan keputusan kekal hingga wisel penamat.

Aksi pemain veteran Selangor, ketika menentang veteran Singapura, pada perlawanan Piala Sultan Selangor 2025 di Stadium Merdeka di sini hari ini. Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Dalam satu lagi perlawanan, pasukan veteran Singapura melakar kemenangan menerusi penentuan penalti 3-2 ke atas pasukan veteran Selangor selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN