fbpx
Pegawai terbabit dihukum tekan tubi selepas ditangkap menghisap rokok sambil memandu. - IDN Times

Polis dihukum tekan tubi, degil merokok dalam kereta peronda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pegawai polis di Medan, wilayah Sumatera Utara dihukum melakukan tekan tubi selepas ditangkap memandu kenderaan milik kerajaan sambil menghisap rokok, lapor portal berita IDN Times. 

Hukuman itu dikenakan selepas klip video tular di platform Instagram oleh akaun @dashcamindonesia memaparkan dia menghisap rokok sambil memandu semasa bertugas. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Medan, Inspektor Halason berkata, pegawai terbabit dikenal pasti sebagai Briged Surya.

“Salah seorang pegawai kami didapati melanggar etika bekerja. Dia mengakui kesilapannya dan memohon maaf. 

“Kami memberikan hukuman disiplin iaitu tekan tubi,” kata Halason. 

Selain dihukum, Surya turut membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN