fbpx
THANWA menunggang kerbau ke sekolah. - Foto Amarin TV

Murid tunggang kerbau ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang murid lelaki berusia lapan tahun di Thailand menunggang kerbau betina peliharaannya untuk pergi dan pulang dari sekolah hampir setiap hari, lapor portal berita Thaiger semalam.

Thanwa ‘Fluke’ Thong-iam menunggang kerbau kesayangannya, Kalamae di daerah Khao Yoi, wilayah Phetchaburi, di mana kedua-duanya menempuh jarak lebih 800 meter pada waktu pagi dan petang.

Namun, sebelum menunggang, Thanwa terlebih dahulu membuat gerakan hormat sebagai tanda penghargaan kepada ‘kawan’ setianya itu.

Kalamae kemudian berjalan membawa ‘tuannya’  ke Sekolah Wat Nong Som, di mana haiwan tersebut ditambat berhampiran sebuah kolam di pintu pagar sekolah. 

Kerbau itu kemudian meragut rumput sehingga kelas Thanwa berakhir pada pukul 4 petang (waktu tempatan).

“Kalamae akan menggeleng kepala dan berlari ke arah saya. Macam dia tahu saya perlu pergi sekolah,” kata Thanwa.

Ibu Fluke, Nopparat Chuchuen berkata, Kalamae telah menjadi sebahagian daripada keluarganya sejak berusia lebih setahun. 

Kini berusia dua tahun lima bulan, Kalamae membina ikatan rapat dengan Thanwa yang mula menunggangnya sejak berumur enam tahun, lapor stesen televisyen, Amarin TV. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN