fbpx
Mohd. Amran (dua dari kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian FPM@Putrajaya 2025 di Dataran Putrajaya semalam.

Festival Permai­nan Malaysia sasar 100,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Festival Permai­nan Malaysia @ Putrajaya 2025 (FPM@Putrajaya 2025) me­nya­­sarkan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung bagi edisi ke-10 festival itu.

Ketua Pengarah Jabatan Ke­bu­dayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd. Amran Mohd. Ha­ris berkata, buat julung-julung ka­linya, edisi kali ini dianjurkan di Putrajaya berbanding Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebelum ini.

Katanya, edisi penganjuran ber­mula semalam dan berakhir esok itu adalah acara tahunan dalam kalendar Pelancongan Budaya JKKN.

“Tahun lalu kita berjaya tarik 150,000 pengunjung, kali ini kita sasarkan 100,000 pengunjung se­panjang tiga hari program.

“Kami masih mengekalkan kon­sep festival berteraskan permainan rakyat dan diperluaskan dengan pelbagai aktiviti seni budaya, pameran, demonstrasi, aktiviti rekreasi serta jualan.

“Pertandingan permainan tra­disional adalah komponen uta­ma festival membabitkan tiga kategori penyertaan iaitu badan beruniform, korporat dan institusi pengajian tinggi,” katanya selepas melancarkan FPM@Putrajaya 2025 di sini semalam.

Terompah gergasi antara permainan tradisional rakyat yang diadakan sempena FPM@Putrajaya 2025.

Menurutnya, selain pertan­dingan, festival ini turut dimeriahkan pelbagai acara untuk orang ramai seperti permainan legenda rakyat seperti terompah gergasi, susun bata, pancing botol, gelung berantai dan lari guni.

Katanya, aktiviti interaktif se­perti memanah tradisional, me­nyumpit, pertandingan lastik dan baling damak turut disediakan bagi memberi peluang kepada pengunjung mencuba sendiri kemahiran tradisi.

“Antara kelainan yang dibawa kali ini ialah Himpunan Mega Basikal Lipat Kebangsaan 2025 yang akan menghimpunkan lebih 500 peminat basikal lipat tempatan dan luar negara.

“Turut dianjur acara kayuhan santai, pameran, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan Kabaddi Terbuka Malaysia dan Eksplorasi Bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,” katanya.

Persembahan Diabolo Kuala Lumpur, perlawanan catur Cina dan catur Melayu, Pertandingan Senam Seni, wall climbing, Wau Fun Run, senaman kecergasan, Agro Madani serta Pertandingan Lagu Rakyat juga dianjurkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN