PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 9 malam ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Hulu Perak, Perak manakala di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang.
Selain itu, Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu serta Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin, Pahang ” ujarnya.
Amaran kawasan lain yang terbabit adalah Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan, Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor dan Serian di Sarawak. -KOSMO! ONLINE