fbpx
Muhammad Nadir memaklumkan ekor armada GSF ke Gaza terdiri daripada empat kapal utama sedang mara ke hadapan.

[VIDEO] ‘Ekor armada Global Sumud Flotilla mula mara ke hadapan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ekor armada Global Sumud Flotilla (GSF) terdiri daripada empat kapal utama sedang mara ke hadapan dalam misi kemanusiaan ke Gaza selepas berlepas dari pelabuhan Itali.

Pe­gawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, ekor armada itu terdiri daripada sebuah kapal induk, kapal Nusantara, kapal X1 dan kapal Essia.

“Doakan kami melalui laluan sukar (Laut) Mediterranean dengan kedalaman 5,000 meter,” katanya menerusi satu rakaman video di muat naik di media sosial hari ini.

Muhammad Nadir berkata, ekor armada GSF membawa bekalan makanan, minuman dan bahan bakar yang akan digunakan sebagai sokongan kepada bot yang akan bergerak bersama ke Gaza.

“Kita adalah ekor, kita adalah barisan belakang armada tapi kita akan cuba berada bersama mereka di barisan paling hadapan supaya kita boleh bersama-sama menembusi bumi Gaza,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN