fbpx
Keadaan kanak-kanak yang parah akibat dipukul dengan tukul dalam kejadian di Jelawat semalam.

Budak dipukul guna tukul: ‘Doakan anak saya, darah tak berhenti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Mudah-mudahan doa dari sahabat semua ada keajaiban untuk anak saya”.

Demikian luah bapa mangsa, Muhammad Badrul berhubung keadaan anaknya yang cedera parah di kepala akibat dipukul dengan tukul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat di Bachok, Kelantan semalam.

Muhammad Badrul berkata, anaknya yang sedang menerima rawatan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian berada dalam kritikal.

“Ini anak saya yang kes kelmarin dipukul di Jelawat Bachok. Minta jasa baik kepada semua, doakan anak sulung saya dipermudah segala urusan.

“Keadaan (anak) kritikal. Pendarahan bahagian kepala tak henti,” katanya dalan hantaran di Facebook hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.15 petang semalam, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun cedera parah di kepala selepas dipercayai dipukul dengan tukul oleh suspek yang juga bapa saudaranya.

Suspek berusia 46 tahun itu kemudian ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di sebatang pokok rhu di Pantai Melawi kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd. Azrie Sulaiman dilaporkan berkata, siasatan mendapati, suspek terlibat dengan penagihan dadah dipercayai memarahi mangsa sebelum bertindak memukulnya dengan sebatang tukul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN