fbpx
Anwar menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Pasar Tani Putrajaya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Pasar Tani Yang Ke-40 Peringkat Kebangsaan dan Perasmian Pasar Tani Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Perkukuh kerjasama agensi KPKM, bantu selesai masalah nelayan, petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jalinan kerjasama melibatkan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perlu diperkukuh, seterusnya berupaya menyelesaikan masalah dihadapi golongan nelayan dan petani secara menyeluruh.

Dalam konteks ini, Perdana Menteri berkata, isu-isu yang dihadapi kumpulan terbabit seharusnya tidak hanya tertumpu kepada sesebuah agensi sahaja, sebaliknya memerlukan penyelarasan secara menyeluruh.

Katanya, sebagai contoh, beliau mendengar masalah dihadapi nelayan dikuasai peraih ketika menjadi Ahli Parlimen Port Dickson hingga menyebabkan kadangkala hasil laut tidak dapat dijual kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Sebab itu kerjasama antara agensi penting (seperti) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), LKIM dan Jabatan Pertanian.

“Itu penting kerana tidak ada penyelesaian satu, umpamanya penyelesaian masalah petani, bukan sahaja FAMA, ia mesti dengan Jabatan Pertanian, LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) dan mana-mana kaedah dan agensi yang boleh selaraskan.

“Apa yang dilakukan Fama dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu penting kerana bila harga dapat terjamin, kita boleh tekankan supaya pengeluaran bertambah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Pasar Tani ke-40 Peringkat Kebangsaan di sini tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, FAMA juga perlu berterusan mengambil langkah bersesuaian bagi meningkat hasil golongan itu selain menjamin harga lebih munasabah.

“Hari ini secara khusus kita bicara soal pemasaran. Kalau betul nak tolong petani dan nelayan kecil, maka pertamanya minta hasil ditambah dan menjamin harga yang munasabah.

“Dan ini peranan FAMA, maknanya ambillah langkah apapun yang perlu.

“Bukan maksud saya cari masalah atau kesilapan, tapi saya kata kerana apa yang FAMA lakukan itu sebagai satu badan akan melegakan puluhan ribu petani, hasil bertambah serta kerjanya menjadi lebih senang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN