fbpx
Pencarian warga emas itu turut dilakukan di kawasan berbatu di Pantai Teluk Batik di Lumut hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Lelaki dikhuatiri lemas ketika lakukan upacara keagamaan di Pantai Teluk Batik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang warga emas berbangsa India dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Batik di sini apabila dia dilaporkan hilang ketika sedang mengikuti upacara keagamaan pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.28 pagi.

“Bomba menerima panggilan bahawa terdapat seorang mangsa dilaporkan hilang setelah dia dilaporkan masuk ke dalam air.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, Ketua Operasi dimaklumkan oleh keluarga mangsa bahawa mereka sedang bercuti di tepi pantai di samping melakukan upacara sembahyang di sana,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki berbangsa India berusia 60 tahun hilang dari pandangan setelah masuk ke dalam air.

“Keadaan air laut kini sedang pasang dan operasi pemantauan sedang dijalankan. Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung memaklumkan bahawa Pusat Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka.

“Pencarian telah dibuat menggunakan tiga buat bot iaitu sebot BBP Seri Manjung, sebuah bot BBP Pulau Pangkor dan sebuah bot Angkatan Pertahanan Awam (APMM) dibuat sekitar 1 kilometer (km) dari kawasan mangsa didapati hilang,” katanya.

Shazlean berkata, pencarian dilaksanakan di pesisir pantai dan kawasan berbatu terutamanya apabila keadaan air surut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI