BANGKOK – Seorang penjual air didenda kerana menyamar sebagai anggota polis ketika bergaduh dengan seorang penunggang motosikal, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Kejadian berlaku di Nong Khaem, Bangkok kelmarin.
Dalam kejadian tersebut, lelaki dikenali sebagai Aod itu bergaduh dengan seorang penunggang motosikal di Jalan Phetkasem.
Pergaduhan bermula apabila Aod dikatakan berang selepas seorang penunggang motosikal memotong motosikal dinaikinya.
Dia kemudian mengeluarkan jaket polis yang dibelinya sebelum memberhentikan kenderaan lalu mereka bergaduh.
Selepas video pergaduhan itu tular di media sosial, Aod tampil ke balai polis untuk meyerah diri.
Dia didakwa atas dua kesalahan iaitu menyebabkan ketakutan atau panik melalui ugutan dan menghina orang lain secara terbuka.
Pegawai memajukan kes itu ke Mahkamah Daerah Bang Bon.
Dalam prosiding sivil,Aod diperintahkan membayar 10,000 baht (RM1,300) sebagai pampasan kepada penunggang motosikal itu.
Dalam kes jenayah, Aod mengaku bersalah dan didenda 5,000 baht (RM654) , lapor akhbar KhaoSod.- AGENSI