fbpx
Lori membawa muatan tempurung kelapa yang disita JPJ kerana dipandu remaja bawah umur di Jalan Tok Adis – Chendering, Kuala Terengganu semalam.

Remaja umur 16 tahun pandu lori ditahan, tiada lesen memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Tindakan sebuah syarikat menggaji dua remaja bawah umur sebagai pemandu dan kelindan lori membawa padah apabila kenderaan mereka disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Chendering, Kuala Terengganu dekat sini semalam.

Dalam operasi sama, pihak berkuasa itu turut menahan kedua-dua mereka yang berusia 16 tahun.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, lori muatan tempurung kelapa itu ditahan dalam sekatan jalan raya sempena Operasi Khas Kenderaan Perdagangan JPJ di Jalan Tok Adis–Chendering, di sini.

“Pemeriksaan mendapati pemandu dan kelindan yang merupakan remaja bawah umur tidak memiliki lesen memandu.

“Ketika ditahan, mereka dipercayai dalam perjalanan membawa barangan itu ke Marang dari bandar raya ini,” katanya ketika ditemui selepas operasi di Plaza Tol Kuala Terengganu, Gemuroh di sini malam tadi.

Mohd. Zamri tidak menolak kemungkinan dua remaja bawah umur tersebut digaji majikan mereka dengan upah murah bagi menjimatkan kos operasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI