fbpx
NABIL menzahirkan kekagumannya terhadap usaha aktivisis kemanusiaan yang kini dalam The Global Sumud Flotilla menuju Gaza, termasuk rakan selebriti Zizi Kirana.

‘Niat mereka hebat, korbankan nyawa, masa, harta ke jalan Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad mendoakan rakan-rakan selebriti dan semua aktivis yang terlibat dalam misi kemanusiaan The Global Sumud Flotilla (GSF) sentiasa selamat dan dipermudahkan sepanjang pelayaran mereka menuju ke bumi Gaza, Palestin.

Sentiasa mengemaskini situasi semasa, Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad, 41, mengakui dia juga berusaha menghubungi salah seorang aktivis yang juga penyanyi, Zizi Kirana semalam untuk mendapatkan khabar namun tidak berjaya.

“Kami juga cuba menghubungi tetapi gagal sebab dia sedang diawasi oleh dron rejim zionis, jadi tidak boleh ada sebarang komunikasi dari luar masuk.

“Kami hanya terima rakaman suara sahaja dan dia maklumkan memang tak dapat nak berhubung,” katanya.

Katanya, hanya doa orang ramai mengiringi perjalanan mereka yang bakal menghampiri zon kritikal tidak lama lagi.

“Perkara yang kita boleh buat sekarang adalah doakan semua aktivis terlibat supaya mereka dapat tiba ke Gaza untuk melaksanakan misi mereka iaitu menghulurkan bantuan.

“Dari apa yang kita tengok dan belajar, mereka ada niat yang hebat iaitu korbankan nyawa, masa serta harta ke jalan Allah untuk bantu rakyat Gaza.

“Sebagai sahabat yang mengenali mereka, sudah tentu saya mahu mereka pulang, menunaikan misi dan dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya lagi.

Semalam, Zizi yang menyertai pelayaran GlS berkongsi detik cemas apabila konvoi mereka semakin kerap diekori dron selain diancam dengan beberapa letupan udara di perairan antarabangsa.

Bagaimanapun, seluruh peserta misi bantuan kemanusiaan itu dilaporkan dalam keadaan selamat.

Terdahulu, misi kemanusian yqng disertai 34 orang aktivis kini berlayar menuju Gaza, dengan jangkaan tiba di perairan wilayah bergolak itu dalam tempoh beberapa hari lagi.

Selain Zizi, misi tersebut turut disertai pasangan penyanyi dan adik-beradik, Heliza Helmi beraama Hazwani Helm. pelakon dan usahawan Ardell Aryana dan pempengaruh, Farah Lee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI