fbpx
Keadaan bilik pelacuran di aras tigasebuah blok bangunan di Taman Perindustrian Pulau Indah. Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

Pelacur guna ‘coding’, caj seks hingga RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Guna sistem coding dan bayaran seks sehingga RM300 antara modus operandi berjaya dikesan dalam operasi bersepadu di Taman Perindustrian Pulau Indah di sini, malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 9.30 malam itu bagaimanapun gagal menahan pelacur terlibat yang sempat melarikan diri selepas dimaklumkan tonto mereka.

Sumber berkata, siasatan mendapati pelacur tersebut terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam dan Myanmar dengan menyewa bilik antara RM400 hingga RM700 di aras tiga sebuah blok bangunan di lokasi tersebut.

Katanya, terdapat 13 bilik kesemuanya dengan setiap satunya mempunyai penghawa dingin.

“Pemeriksaan turut mendapati premis persundalan ini dilengkapi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bagi melihat sebarang pergerakan terutama pihak berkuasa dari aras bawah hingga tingkat tiga.

“Tonto-tonto mereka juga mengawal dari laluan masuk bagi memastikan operasi mereka tidak dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Kata sumber lagi, kegiatan persundalan itu dipercayai telah beroperasi lebih enam bulan lalu dengan menyasarkan pelanggan tempatan terdiri daripada kelindan lori selain warga asing di lokasi sekitarnya.

Ujarnya, pengoperasian premis itu bermula petang sehingga tengah malam.

“Kalau kita lihat dalam bilik terdapat beberapa makanan dan pakaian digunakan ditinggalkan begitu sahaja.

“Kita turut menemui barangan digunakan bagi persundalan termasuk kondom dan tisu basah,” katanya.

Jelasnya, pihak percaya aktiviti persundalan ini didalangi warga tempatan dengan mengeksploitasi pelacur warga asing yang disyaki salah guna pas lawatan sosial dan tinggal lebih masa.

“Tawaran seks mereka pula antara RM150 hingga RM300 dengan keuntungan diperolehi hasil seks itu dibahagikan kepada dalangnya.

“Mereka menggunakan sistem coding termasuk angka untuk pelacur berkenaan. Kita percayai semasa serbuan ada lapan pelacur kesemuanya,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di aras dua mendapati terdapat stor penyimpanan arak seludup yang dipercayai digunakan termasuk bagi kegunaan pelanggan premis persundalan itu.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut bagi membasmi aktiviti tidak bermoral itu.

“Kita akan buat semakan lanjut namun gagal buat tangkapan susulan kegiatan itu mendapat ‘bantuan’ daripada tonto dan CCTV,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN