fbpx
Trump berucap di Perhimpunan Agung PBB, New York kelmarin. - AFP

Trump desak sekat pendatang asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kembali ke pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) buat pertama kali dalam tempoh enam tahun dengan melancarkan ‘serangan’ penuh terhadap badan dunia itu, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Dalam ucapan bernada provokatif sempena ulang tahun ke-80 penubuhan PBB, Trump menyeru negara-negara anggota supaya menutup sempadan dan mengusir warga asing, selain menuduh badan dunia itu mengetuai agenda migrasi global.

Beliau turut memberitahu para pemimpin dunia bahawa PBB sedang membiayai serangan terhadap negara masing-masing.

“Sudah tiba masanya untuk menamatkan eksperimen sempadan terbuka yang gagal,” katanya dalam ucapan kepada para pemimpin dunia dan delegasi yang hadir di dewan besar Perhimpunan Agung PBB di Midtown Manhattan. 

“Anda perlu menamatkannya sekarang. Negara anda sedang menuju kehancuran,” tambahnya.

Ketika secara langsung menujukan kritikannya kepada pemimpin-pemimpin Eropah, Trump menuduh mereka memusnahkan warisan sendiri dan membenarkan migrasi antarabangsa disebabkan kesalahan dalam berpolitik yang terlalu mementingkan kesopanan.

“Negara anda sedang dimusnahkan,” katanya sambil merujuk kepada program PBB yang menurutnya menyediakan makanan, tempat tinggal dan kad debit untuk membiayai perjalanan pendatang ke AS. 

“PBB sedang membiayai serangan terhadap negara-negara Barat,” tambahnya.

Ucapan tersebut disifatkan satu rayuan kepada pemimpin Eropah supaya menerima fahaman nasionalisme, dengan Trump menjadikan tindakan keras Amerika terhadap pendatang asing baru-baru ini sebagai model untuk diikuti dunia.

“Jika anda tidak menghentikan orang yang anda tidak pernah kenal sebelum ini, yang tiada persamaan dengan anda, negara anda akan gagal,” kata Trump. 

“Saya Presiden AS, tetapi saya risau tentang Eropah. Saya cintakan Eropah, saya cintakan rakyat Eropah. Dan saya benci melihat ia dimusnahkan oleh tenaga dan imigran yang menghancurkan segalanya di laluannya,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN