fbpx
Kumar menunjukkan barangan kontraban yang dirampas polis pada sidang akhbar di IPK Selangor, Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Ops Kontraban: Gudang simpan rokok, arak seludup digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Taktik dua sindiket menyewa gudang di kawasan perindustrian bagi menyimpan rokok dan arak seludup sejak tiga bulan lalu terbongkar selepas digempur pihak berkuasa di negeri ini dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sindiket itu dipercayai memperoleh barangan tersebut dari negara jiran yang dibawa masuk melalui ‘jalan tikus’ sebelum diedar untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kejayaan itu hasil serbuan di enam buah gudang antara 18 September hingga kelmarin.

Katanya, melalui Ops Kontraban itu, sembilan suspek termasuk seorang wanita berusia 19 hingga 58 tahun yang berperanan sebagai penjaga premis, pekerja am dan individu yang mengendalikan lori serta kenderaan yang digunakan sindiket.

“Dua sindiket ini menggunakan laluan tidak diwartakan sama ada laut atau darat untuk menyeludup masuk barangan tersebut.

“Mereka kemudiannya menyewa gudang sebelum barangan diedarkan untuk pasaran tempatan termasuk kedai runcit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya merampas 4,720 karton rokok, 412 karton bir dan 124 karton arak termasuk liquor. Turut dirampas lima buah kenderaan iaitu Toyota Camry, Toyota Harrier, Toyota Innova, Perodua Alza dan lori.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan RM2.41 juta. Ini antara rampasan terbesar dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti pemilik gudang tersebut,” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN