fbpx

‘Tak pernah bosan, ramai suka lihat kami bersama..’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lapan kali bergandingan dalam drama dan filem, pelakon Indonesia, Dion Wiyoko dan Sheila Dara mengakui mereka tidak pernah bosan bekerjasama.

Menurut Dion, 41, perkenalan yang lama dengan Sheila membuatkan mereka berdua serasi dan selesa bekerjasama.

“Pertanyaan tentang bosan atau tidak itu seharusnya diajukan kepada penonton. Kami sendiri tertanya-tanya mungkin penonton juga bosan bila melihat kami sering digandingkan.

“Tetapi menerusi gandingan terbaharu kami dalam filem Sore: Istri Dari Masa Depan ternyata ramai yang suka. Jadi saya bersyukur kerana penonton masih mahu menonton kami,” kata Dion ketika ditemui pada majlis Meet And Greet bersama pelakon dan pengarah filem tersebut, di sini, semalam.

Bagi Sheila pula , dia sendiri sudah selesa bergandingan dengan Dion kerana masing-masing sudah faham cara kerja masing-masing.

“Bila sudah lama kenal, kerja jadi lebih mudah terutamanya dalam mencipta ‘chemistry’ dan berdikusi tentang watak masing-masing kerana setiap naskah berbeza-beza,” jelasnya.

Apabila sudah kerap kali digandingkan bersama, pastinya ada peminat fanatik yang berharap mereka benar-benar bercinta meskipun masing-masing sudah berumah tangga.

Kata Dion biarpun ramai peminat yang menyukai gandingannya bersama Sheila sebagai pasangan, tetapi dia percaya peminat dapat membezakan antara lakonan dan realiti.

Bagi Sheila pula, disebabkan jarak umurnya dan Dion adalah 10 tahun, dia lebih merasakan hubungan mereka seperti bapa dan anak.

“Di luar set penggambaran kalau orang boleh lihat hubungan kami seperti bapa dan anak,” katanya sambil ketawa.

Dalam filem Sore: Istri Dari Masa Depan, Dion dan Sheila memegang watak sebagai pasangan suami isteri. Sheila berperanan sebagai Sore iaitu wanita yang merentasi masa untuk memperbetulkan gaya hidup suaminya pada waktu muda.

Filem arahan Yandy Laurens yang turut terpilih mewakili Indonesia pada Anugerah Academy 2026 itu bakal menemui penonton di Malaysia bermula 25 September 2025 (esok). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI