BERKESEMPATAN menonton Konsert Live Elite’25 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru-baru ini ternyata menghiburkan semua. Pendek kata, persembahan kumpulan dijuluki Spice Girls Malaysia itu cukup ‘rempah’ sekali gus ‘menampar’ mulut-mulut yang memandang rendah kemampuan ibu-ibu itu sebelum ini. Bak bait kata lagu Tamparan Wanita: “Jangan kau cabar, aku bukannya selemah yang kau sangka” diterjemahkan dalam konsert itu yang disifatkan ‘malam penuh magik’ oleh KLCC dengan nyanyian kelima-lima mereka yang ‘surprisingly’ sedap selepas 30 tahun. Dewan juga sekali imbas penuh……