fbpx
Nizam (kanan) menunjukkan replika salah satu diari Allahyarham Zara Qairina yang dianalisa. Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

Tiga lagi pakar forensik dokumen bantu analisa tulisan Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian membabitkan pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari ke-13 menyaksikan kehadiran tiga pakar forensik dokumen hari ini.

Kesemua pakar berkenaan ialah Tay Eue Kam daripada PHA Handwriting Services, Pensyarah dan Penyelidik Kanan Program Sains Forensik, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Dzulkiflee Ismail serta Dr. Wan Nur Syuhaila Mat Desa daripada program sama di USM.

Peguam kepada ibu Allahyarham, Nizam Salleh berkata, kehadiran pakar berkenaan untuk pemeriksaan dokumen seterusnya membantu mahkamah memahami bukti bertulis dengan lebih mendalam.

Selain itu, ia bagi memastikan siasatan dijalankan secara profesional, bebas dan berasaskan kaedah saintifik.

“Pasukan ini menggunakan makmal forensik mudah alih dengan skop pemeriksaan terperinci termasuklah analisis dakwat dan pen, penggunaan cahaya UV/IR, teknik ESDA untuk mengesan tulisan tersembunyi serta analisis tekanan dan urutan penulisan.

“Kaedah saintifik seperti FTIR Spectroscopy turut digunakan bagi mengenal pasti komposisi dakwat dan bahan kertas,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Dalam pada itu, Dr Linthini Gannetion dari SD Forensic Document Services telah memberi analisis awal terhadap beberapa dokumen bertulis yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

Pemeriksaan melibatkan rekonstruksi helaian yang koyak, analisis peralihan tulisan serta perbandingan visual dengan sampel tulisan bagi tujuan penentuan penulis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI