fbpx
Gambar hiasan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM ditahan, disyaki miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang bertugas di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis, di kediamannya semalam kerana disyaki memiliki dadah.

SPRM dalam kenyataan berkata, individu tersebut baharu sahaja melaporkan diri pada minggu lalu untuk bertugas di SPRM.

“Pegawai tersebut telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam di rumahnya dan pemeriksaan dijalankan turut menemui bahan terlarang disyaki dadah,” kata SPRM.

Dalam kenyataan sama, SPRM memaklumkan, pihaknya menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Tambahnya, SPRM tidak akan berkompromi dengan salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangan dan komited untuk memastikan integriti serta tata kelola organisasi sentiasa dipelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI