fbpx
Tangkap layar rakaman beberapa letupan yang berlaku sekitar konvoi Sumud Flotilla.

[VIDEO] Lebih 15 dron, 8 letupan ganggu misi Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sekali lagi berdepan cubaan intimidasi apabila lebih 15 dron berlegar rendah di atas bot Alma dan beberapa kapal pengiring di Laut Mediterranean, selain lapan letupan udara yang dipercayai sebagai ugutan terbuka terhadap pelayaran itu.

Menurut Laporan Situasi (SITREP) dikeluarkan Sumud Nusantara Command Center – MAPIM Central pada pukul 6.15 pagi tadi, gangguan itu berlaku ketika flotilla berada di zon kelabu, perairan Greece, kira-kira 750 batu nautika dari Gaza.

Katanya, sebanyak 15 dron rejim berlegar rendah setiap 10 minit dipercayai bertujuan melakukan intimidasi dan risikan.

“Berlaku juga lapan letupan udara berhampiran kapal kami serta kapal lain di sekeliling, namun 34 delegasi Malaysia kekal selamat dan bersiap-siaga penuh,” kata kenyataan itu.

Pihak sekretariat percaya gangguan keempat dron-dron berkenaan digunakan bagi mengumpul maklumat risikan dan menakutkan pasukan flotilla.

Setakat ini, lebih 500 sukarelawan GSF daripada 45 negara termasuk 34 delegasi dari Malaysia menaiki 53 buah kapal bagi bersama tiga kapal pemerhati menuju ke Semenanjung Gaza bagi menghantar bantuan makanan serta keperluan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI