fbpx
Polis Denmark melakukan siasatan di Lapangan Terbang Copenhagen semalam. - AFP

Dron berkeliaran, Denmark tutup lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COPENHAGEN – Lapangan terbang Copenhagen di Denmark ditutup semalam selepas beberapa dron tidak dikenali dikesan terbang berhampiran, menyebabkan 15 penerbangan dilencongkan, kata polis dan pegawai lapangan terbang kepada AFP.

“Ruang udara lapangan terbang Copenhagen ditutup sejak pukul 8.30 malam (waktu tempatan) selepas  dua hingga tiga dron yang tidak dikenali dikesan. Tiada pesawat boleh berlepas atau mendarat,” kata jurucakap lapangan terbang, Lise Agerley Kurstein.

Kurstein berkata, kira-kira 15 penerbangan telah dilencongkan ke lapangan terbang lain.

Sementara itu, polis Copenhagen berkata, tiga atau empat dron besar dilihat  terbang di kawasan lapangan terbang.

“Ia berlegar-legar  ke sana sini, datang dan pergi,” kata pegawai bertugas, Anette Ostenfeldt kepada AFP sekitar pukul 10.45 malam (waktu tempatan) sambil menambah, polis berada di lokasi kejadian untuk menyiasat.

Ostenfeldt bagaimanapun tidak pasti sama ada dron itu milik  tentera atau awam.

“Namun, dron ini lebih besar daripada yang biasa dibeli oleh orang persendirian,” kata Ostenfeldt.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, operasi di lapangan terbang tersebut disambung semula pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan) selepas penerbangan digantung selama hampir empat jam.

Polis berkata, beberapa langkah akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada siasatan, tetapi tidak  mengesahkan apakah langkah-langkah itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI