fbpx
NUR ADRESIA (gambar kecil) terpaksa berada lebih lama di hospital selepas komplikasi pembedahan hati di Hospital Renji di China sejak tiga minggu lalu.

Ibu rayu RM120,000 selamatkan nyawa bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ibu rayu sumbangan dana kecemasan sebanyak RM120,000 untuk membiayai pembedahan pemindahan hati anaknya berusia setahun yang menghidap sindrom Alagille di Hospital Renji, China.

Nurfuzaina Azmi, 31, berkata, anak bongsunya, Nur Adresia ­Ariana Norhaslan terpaksa melalui pembedahan kecemasan ke­rana tindak balas penolakan imun Hiperakut dan jangkitan kuman komplikasi selepas pembedahan pertama.

Sindrom Alagille adalah gangguan genetik bawaan yang mempengaruhi jumlah saluran hem­pedu dalam hati.

Jelasnya, Norhaslan Hussain, 41, bapa kepada Adresia telah menjadi penderma hati bagi pembedahan pertama, namun komplikasi selepas pembedahan memaksa pihak hospital untuk lakukan pembedahan kecemasan.

“Alhamdulillah, pembedahan kedua berjalan lancar dan kea­daan Adresia pun semakin stabil selepas tiga minggu berada di unit rawatan rapi (ICU) walaupun kami sekarang terpaksa mencari dana untuk kos rawatan tambahan.

“Sekarang kami sudah me­nerima kutipan dana sebanyak RM70,000 dan memerlukan lagi RM50,000 untuk membiayai pembedahan kecemasan yang kedua,” katanya.

Sementara itu, Nurfuzaina juga menerima bantuan daripada organisasi bukan berasaskan keuntungan yang sudi membantu kos rawatan Adresia termasuk kos perbelanjaan keluarganya.

Susulan itu, bantuan permohonan daripada Baitulmal juga pernah dihubungi, namun masih menunggu maklum balas daripada pihak terbabit.

“Sebelum ini, kos rawatan memang kami tanggung sepenuh­nya sendiri.

“Sampailah kami terima bantuan daripada organisasi yang sudi membantu dalam meneruskan rawatan Adresia menambah kos perbelanjaan tanpa caj tambahan atau komisen untuk menampung kos perbelanjaan dan rawatan,” ujarnya.

Katanya, Adresia yang menghidap sindrom Alagille selepas demam kuningnya tidak rebah membuatkan Nurfuzaina dan suami banyak mencari jalan untuk menampung kos rawatan termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan lain.

Nurfuzaina bersama suami kini menunggu keadaan Adresia sehingga stabil selepas tiga ming­gu dalam pemantauan pihak hospital sebelum pulang ke ta­nah air.

Orang ramai yang ingin membantu mengurangkan beban keluarga itu boleh salurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan Biliary Atresia Semalaysia 1102310504 (Bank Rakyat).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN