SUASANA dewan Corus Hotel KLCC, Kuala Lumpur seakan terhenti saat Yeoh Li Tian membuat langkah terakhirnya menentang wakil Indonesia, Nayaka Budhidharma. Dengan dua bishop yang bergerak seiring, pemuda berusia 25 tahun itu menguasai papan langkah demi langkah sebelum menutup permainan dengan penuh bergaya. Kemenangan tersebut bukan sahaja mengesahkan gelaran juara kejohanan GM-IM Invitational 2025 bersama hadiah RM10,000, malah melengkapkan norm GM terakhirnya yang menjadikannya Grandmaster pertama Malaysia. Norm GM ialah singkatan bagi Norma Grandmaster iaitu prestasi cemerlang bagi kejohanan catur……