fbpx
FOREST mahu menamatkan rekod buruk mereka yang kini gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir. - AFP

Liga Europa: Forest buru titik kebangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NOTTINGHAM – Nottingham Forest sudah tidak sabar untuk memulakan kempen pertama mereka di pentas Eropah selepas 30 tahun dengan menentang Real Betis untuk aksi Liga Europa di Estadio de la Cartuja awal pagi esok.

Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana Forest masih gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir dalam semua kejohanan setakat ini.

Lebih malang, Forest kini perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak dan taktikal permainan dimahukan pengurus baharu, Ange Postecoglou yang dilantik menggantikan pemecatan bekas pengendali, Nuno Espirito Santo.

Di bawah Postecoglou, Forest tewas 0-3 kepada Arsenal sebelum disingkirkan Swansea City di pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) dan diikat Burnley 1-1 untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.

Begitupun, pengendali dari Australia itu percaya mereka mampu mengubah situasi dan berharap menjadikan aksi menentang Betis sebagai titik kebangkitan kelab yang pernah bergelar juara Eropah 1979 dan 1980.

“Saya mahukan pasukan bermain corak yang menarik dan menjaringkan banyak gol. Saya tidak akan memohon maaf mengenai perkara itu kerana ini adalah diri saya,” kata Postecoglou.

Jurulatih berusia 60 tahun itu sudah tentu mahu mengulangi magisnya menghadiahkan gelaran Eropah pertama buat Tottenham Hotspur yang menjuarai Liga Europa musim lalu sebelum jodohnya dengan kelab tersebut tidak panjang.

Pastinya pertemuan menentang Betis amat dinanti-nantikan oleh para penyokong Forest selepas kali terakhir mereka beraksi di pentas Eropah menentang Bayern Munich di suku akhir Piala UEFA 1995/96. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI