fbpx
GAMBAR fail 30 Mei 2021 menunjukkan kapal kontena MV X-Press Peark terbakar di perairan Sri Lanka. – AFP

Sri Lanka tuntut firma Singapura bayar ganti rugi lebih RM4 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Sebuah syarikat perkapalan Singapura menyatakan bahawa pihaknya tidak akan membayar ganti rugi yang diperintahkan mahkamah Sri Lanka berjumlah AS$1 bilion (RM4.2 bilion) kerana menyebabkan pencemaran alam sekitar terburuk di negara berkenaan.

Dalam wawancara eksklusif bersama AFP, Ketua Pegawai Eksekutif X-Press Feeders, Shmuel Yoskovitz berkata, beliau percaya pembayaran itu akan mencetuskan implikasi meluas terhadap perkapalan global dan ‘menjadi ikutan berbahaya’.

Syarikat itu mengendalikan kapal MV X-Press Pearl yang tenggelam di luar Pelabuhan Colombo pada Jun 2021 selepas kebakaran yang berlarutan selama hampir dua minggu.

Kargo kapal itu termasuk 81 kontena barangan berbahaya seperti asid, jongkong plumbum dan beratus-ratus tan pelet plastik.

Kapal itu dilarang berlabuh di Qatar dan India untuk memunggah asid nitrik yang bocor sebelum tiba di perairan Sri Lanka.

Beratus-ratus tan butiran mikroplastik daripada kapal itu membanjiri pantai sepanjang 80 kilometer di pantai barat Sri Lanka. Kerajaan Sri Lanka melarang nelayan menangkap ikan selama berbulan-bulan.

Mahkamah Agung Sri Lanka pada Julai lalu emerintahkan syarikat itu membayar Colombo ganti rugi ‘awal’ AS$1 bilion dalam ganti rugi dalam tempoh setahun, dengan bayaran pertama AS$250 juta (RM1.05 bilion) perlu dilunaskan hari ini.

Mahkamah sama  juga memerintahkan syarikat itu ‘untuk membuat pembayaran lain dan selanjutnya’ pada masa hadapan seperti diarahkan oleh mahkamah.

Yoskovitz menolak keputusan mahkamah.

Beliau berkata X-Press Feeders telah membelanjakan AS$170 juta (RM714 juta) untuk membuang bangkai kapal, membersihkan dasar laut dan pantai serta membayar pampasan kepada nelayan terjejas. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN