BANGKOK – Kemenangan seorang wanita sebagai ratu cantik Miss Grand Prachuap Khiri Khan 2026 di Thailand dibatalkan kerana dia muncul dalam video dengan berpakaian jarang, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Suphannee ‘Baby’ Noinonthong, 27, dinobatkan sebagai pemenang ratu cantik Miss Grand Prachuap Khiri Khan 2026 pada 20 September lalu.
Kemenangan itu melayakkan Suphannee mewakili wilayah tersebut ke pertandingan peringkat kebangsaan Miss Grand Thailand 2026.
Namun, gelaran itu dilucutkan oleh jawatankuasa ratu cantik selepas rakaman videonya tersebar di internet.
Dalam penjelasannya, Suphannee berkata, dia mendakwa tidak mempunyai pilihan selain muncul dalam kandungan tidak sopan itu untuk mencari wang bagi menampung ibunya yang sakit.
Wanita itu juga menjelaskan bahawa klip videonya telah disalahgunakan oleh laman web perjudian haram tanpa kebenaran dan akan membuat laporan polis. – AGENSI