fbpx
TANGKAP layar video kejadian banjir kilat di Kangkar Pulai, Iskandar Puteri hari ini.

[VIDEO] Rumah, kereta ‘tenggelam’ banjir kilat di Kangkar Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan dua buah rumah ditenggelami air dalam kejadian kilat di Kangkar Pulai, di sini, hari ini.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Daerah Johor Bahru, kejadian berlaku pada pukul 3.51 petang sebelum sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan ke lokasi.

“Pasukan APM tiba di lokasi pada pukul 4.34 petang dan mendapati dua buah rumah terjejas. Bagaimanapun keadaan terkawal dan air mulai surut serta cuaca kembali cerah.

“Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tular video banjir kilat di laluan Pulai Jaya menghala Taman Teratai, Skudai menyebabkan beberapa buah kenderaan terkandas selain kesesakan luar biasa berlaku.

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda Johor di kawasan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru hingga pukul 5 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN