fbpx
TELEFON iPhone 15 Pro Max yang digunakan Azaria sejak akhir tahun lalu menjadi pilihannya sehingga kini.

Kamera telefon setanding DSLR jadi pilihan Azaria Tagaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKAN sekadar membuat panggilan atau menghantar kiriman mesej, telefon pintar masa kini boleh dianggap sebagai pembantu peribadi kerana mampu menyelesaikan banyak perkara dalam sekelip mata.

Tidak mengira sama ada mendapatkan sebarang informasi, suntingan gambar, suntingan video, mengimbas dokumen, menonton filem mahupun mendengar lagu, semuanya hanya boleh dilakukan di hujung jari. Begitu juga dengan pengacara dan penyampai berita Buletin Utama di TV3, Azaria Tagaya yang setia menggunakan telefon jenis iPhone 15 Pro Max sejak penghujung tahun lalu.

Bagi wanita kacukan Melayu-Jepun itu, hampir setiap hari tidak pernah ‘berpisah’ dengan telefon pintar sama ada sibuk menguruskan kerja atau ketika bersantai.

Bukan sahaja memudahkan untuk menguruskan kerjaya, telefon tersebut juga mempunyai daya tarikan tersendiri yang membuatkan Tagaya memilih untuk terus setia dengan gajet pintar itu.

“Hampir setiap kerja dan rutin harian saya bergantung kepada penggunaan telefon, dari urusan kerja sebagai editor berita Inggeris dan penyampai televisyen, sampailah ke gaya hidup dan untuk berhibur.

“Saya suka telefon ini kerana fungsi kamera yang dapat membantu untuk rakaman segera, sama ada untuk kandungan media sosial atau merakam momen peribadi.

“Malah ia juga ringan dan bateri tahan lama, jadi sesuai dengan gaya kerja saya sentiasa bergerak,” katanya kepada K-Tekno baru-baru ini.

Kelebihan yang ada itu membuatkan Azaria berasa sangat puas hati dengan telefon tersebut selain menikmati kualiti video yang dihasilkan setara dengan kamera DSLR (refleks lensa tunggal digital).

Justeru, dia tidak perlu menggunakan peranti tambahan seperti kamera kompak mahupun DSLR ketika melakukan ulasan produk.

“Saya guna telefon ini sejak tahun lalu kerana perlu naik taraf perisian dari segi memori telefon, bateri dan kebolehan kamera yang lebih baik.

“Sepanjang menggunakannya saya memang sangat puas hati apabila banyak tugasan dapat diselesaikan hanya dengan menggunakan telefon sahaja,” ujarnya.

Selain itu, sesekali Azaria juga akan meluangkan masa bermain permainan video yang dapat menguji minda sebagai pengubat ‘healing’ dan pada masa sama mampu menambah pengetahuan.

Bukan itu sahaja, Azaria turut menggunakan aplikasi penstriman untuk menonton kandungan hiburan pada masa lapang sambil bersantai di rumah.

“Walaupun bukan seorang pemain permainan video tegar, saya tetap menikmati permainan ringan di telefon pintar pada waktu senggang sebagai cara melepaskan tekanan.

“Antara yang menjadi pilihan ialah permainan teka-teki dan permainan perkataan kerana bukan sahaja memberi suasana santai, malah turut mencabar minda.

“Saya juga suka menonton dokumentari jenayah misteri dan selalunya memang tak sabar untuk tunggu hari cuti sebab bidang saya tak semestinya akan cuti pada hujung minggu supaya boleh lepak di rumah, tonton Netflix sambil makan piza,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN