fbpx
Tangkap layar video tular seorang lelaki dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja wanita di sebuah kedai mainan kanak-kanak di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas, semalam.

Lelaki tular ajak ‘amoi’ bermesra dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Seorang lelaki diberkas selepas videonya tular ketika dia dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja wanita di sebuah kedai mainan kanak-kanak di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, penahanan suspek berusia 32 tahun itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD).

Menurutnya, suspek diberkas di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Bayan Lepas, kira-kira pukul 5.58 petang semalam.

“Kejadian itu bersangkut dengan laporan polis yang dibuat oleh majikan mangsa pada 19 September lalu di Balai Polis Bayan Lepas, kira-kira pukul 12.17 tengah hari.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah stor kedai mainan kanak-kanak di Bayan Lepas. Mangsa telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki tidak dikenali yang cuba mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Kejadian turut disaksikan seorang lagi pekerja wanita dan dirakam melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya terlebih dahulu terkesan dengan satu video berdurasi 30 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun di media sosial, memaparkan kelibat seorang lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Katanya, video tersebut telah mendapat perhatian ramai dengan 152 tanda suka, sembilan komen 60 perkongsian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI