fbpx
Azam menunjukkan barang rampasan pada sidang akhbar perkembangan terkini berkaitan operasi yang dijalankan SPRM di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Ops Karen: Lebih RM247 juta hasil kerajaan dijangka dapat diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan lebih RM247 juta hasil kerajaan dapat diselamatkan hasil aktiviti kartel dan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak menerusi Ops Karen.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, buat masa ini, anggaran awal kerugian kepada hasil kerajaan mencecah RM247 juta, namun jumlah itu dijangka meningkat selepas siasatan forensik kewangan selesai.

Beliau berkata, menerusi tindakan pemulihan dan penalti yang akan dikenakan kelak, pihaknya percaya kerajaan akan memperoleh semula jumlah yang lebih besar.

“Jumlah kerugian itu bagaimanapun tidak menggambarkan keseluruhan aktiviti penyeludupan bahan api negara ke luar negara.

“Jumlah kerugian RM247 juta ini akan menjadi lebih tinggi kerana jumlah ini diperolehi bagi tempoh 10 tahun sahaja dan ia berlaku di Sarawak sahaja,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya juga akui trend penyeludupan bahan api di Sabah masih berlaku dan sekiranya ia tidak dibendung maka jumlah kerugian akan mencecah ke satu jumlah yang lebih tinggi.

Azam berkata, pihaknya mengakui bahawa aktiviti penyeludupan bahan api itu berpunca daripada harga diesel yang jauh lebih rendah di negara ini, selain amalan rasuah dalam kalangan penguat kuasa yang melindungi kartel berkenaan.

“Berdasarkan pengumuman terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, kita dapat melihat harga minyak Malaysia jauh lebih rendah dan murah berbanding negara-negara lain termasuklah Arab Saudi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN