fbpx
Anwar beramah mesra dengan warga JPM selepas Perjumpaan Bulanan Bersama Warga JPM Bagi Bulan September 2025 di Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Budi95: Penerima layak dapat RON95 sebanyak 300 liter sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan semua rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter bagi subsidi petrol RON95 menerusi program Budi Madani RON95 (Budi95) bermula 30 September depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan memastikan subsidi diagih secara adil kepada pengguna layak selain mengelakkan ketirisan.

“Kerajaan menetapkan siling kelayakan 300 liter sebulan untuk semua rakyat. Namun, pemandu e-hailing dikecualikan daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon untuk nilai yang lebih tinggi mengikut keperluan,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini tadi.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan harga RON95 diturunkan pada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter bermula 30 September ini.

Langkah penurunan itu dibuat menerusi penyasaran subsidi RON95 yang dijangka memanfaatkan lebih 16 juta rakyat.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI