TOKAYEV menghadiri sidang keselamatan di Istana Besar Kremlin, Moscow pada 11 November lalu – AFP

Presiden Kazakhtan minta rakyat henti ucap ‘insya-Allah’, ‘alhamdulillah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ASTANA – Presiden  Kassym-Jomart Tokayev menggesa rakyat Kazakhstan untuk mengelakkan penggunaan perkataan Arab yang berlebihan seperti ‘insya-Allah dan ‘alhamdulillah’ bagi menggantikan frasa tradisional Kazakhstan, lapor laman berita zamin.

Tokayev  mengumumkan perkara ini semasa ucapan beliau  pada sidang persatuan bahasa Kazakh yang berlangsung di Astana pada 10 November 2026.

Dalam ucapannya, Tokayev menyuarakan kebimbangan terhadap proses tertentu yang semakin mendapat perhatian dalam masyarakat berkaitan bahasa dan budaya.

Menurut beliau, sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian untuk menggantikan konsep keagamaan dan kerohanian asal Kazakhstan dengan alternatif bahasa Arab.

Presiden itu menegaskan bahawa keperluan perubahan tiruan sedemikian menimbulkan persoalan yang serius.

“Kita adalah orang Kazakh, bukannya orang Arab,” katanya.

Pada 13 November lalu, perkhidmatan akhbar Pentadbiran Kerohanian Umat Islam Kazakhstan (SAMK) mengeluarkan usul menggesa umat Islam menggunakan perkataan bahasa Kazakh berbanding istilah agama bahasa Arab tertentu dalam pertuturan harian.

Kenyataan itu dikeluarkan tiga hari selepas Tokayev, menyuarakan rasa tidak puas hati dengan peningkatan penggunaan terminologi Arab bagi menggantikan kata-kata tradisional Kazakh.

Ia turut mengesyorkan penggunaan nama Kazakh untuk solat lima waktu.

Pentadbiran Kerohanian Umat Islam Kazakhstan menegaskan bahawa syor ini terpakai secara khusus untuk komunikasi harian dan tidak menjejaskan bacaan al-Quran, doa, atau zikir dalam bahasa Arab.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN