fbpx
NUR Najihah maut dalam kemalangan di Jalan Parit Panjang-Kuala Ketil di Kampung Tembak B, Baling pada pagi tadi.

Wanita maut, anak cedera kemalangan dua motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang wanita maut manakala anak lelakinya cedera ringan selepas motosikal yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Parit Panjang-Kuala Ketil, Kampung Tembak B, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Nur Najihah Mohd Zukri, 30, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md. Ali berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa bersama anak lelakinya berusia lima tahun datang dari arah rumahnya di Kampung Padang Besar, Kuala Ketil menghala ke sebuah stesen minyak di Kampung Tembak B.

Katanya, sementara sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang lelaki berusia 28 tahun dalam perjalanan dari arah tempat kerjanya di Kuala Ketil menghala ke Kampung Tembak B.

“Kemalangan mengakibatkan mangsa wanita yang menunggang motosikal jenis Honda Wave 110 mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Anak lelaki mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan. Kanak-kanak itu dan seorang lagi mangsa lelaki dibawa ke Hospital Daerah Baling untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa wanita dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling bagi proses bedah siasat.

Tambahnya, kejadian masih dalam siasatan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI