fbpx
Mohd. Razi (dua dari kanan) sedang memantau lokasi kebocoran paip gas betana di Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman hari ini.

Kebocoran gas : Penghuni pusat tahfiz berhampiran dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seramai kira-kira 20 pelajar dan guru sebuah pusat tahfiz berhampiran terpaksa dipindahkan hari ini ekoran kebocoran paip gas di tapak projek Seksyen 5, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, pemindahan tersebut perlu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga meskipun jarak pusat tahfiz itu dengan lokasi kejadian lebih dua kilometer.

“Lokasi tahfiz itu jauh dari lokasi kejadian, namun kita mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kita bimbang arah angin yang menghala ke pusat tahfiz boleh menyebabkan pencemaran udara sekali gus memberi kesan buruk,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam perkembanga sama, Mohd. Razi menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau juga berharap orang awam agar tidak mendekati kawasan kejadian pada masa ini.

“Sebarang aktiviti di kawasan hutan berhampiran kejadian perlu dihentikan sementara.

Terdahulu, insiden kebocoran paip gas butana milik Petronas Gas Berhad (PGB) dilaporkan berlaku pada pukul 9.53 pagi, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI