MANCHESTER – Penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez tampil memohon maaf selepas dia dilayangkan kad merah seawal minit kelima ketika pasukan itu tewas 1-2 berdepan Manchester United di Old Trafford awal pagi semalam.
Sanchez menerima hukuman berkenaan selepas mengasari Bryan Mbeumo di luar kotak penalti menyebabkan pengadil tidak mempunyai pilihan selain, pengendali Chelsea, Enzo Maresca terpaksa melakukan rombakan drastik pasukannya.
“Ini kesilapan saya. Saya memohon maaf, pasukan telah menunjukkan usaha yang sangat hebat pada babak kedua, tetapi kami tidak berjaya,” kata Sanchez menerusi laman sosial miliknya.
Bagaimanapun, Maresca masih mempertahankan penjaga gol No. 1 Chelsea itu dan tidak mempertikai keputusannya meluru keluar meninggalkan kawasan gawang untuk menyelamatkan bola sehingga terpaksa mengasari pemain lawan.
“Itu mungkin keputusan terbaik yang dia rasa perlu diambil. Saya fikir Sanchez sedar bahawa kami mungkin mempunyai 95 minit aksi ketika itu, tetapi dua perlu membuat keputusan dalam tempoh satu atau dua saat sahaja. Jadi, ia suatu yang sukar,” jelasnya.
Hukuman kad merah itu menyaksikan Sanchez hanya terlepas satu perlawanan ketika aksi Chelsea bakal berdepan Lincoln untuk aksi Piala Liga Inggeris dan akan kembali untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton pada Sabtu ini.
Sementara itu, penjaring gol tunggal Chelsea, Trevor Chalobah mengakui pasukannya berdepan kesukaran untuk berdepan United sepanjang 45 minit dengan 10 pemain sebelum Casemiro dilayangkan kad merah.
“Agak perit untuk beraksi dengan 10 pemain. United pula meningkatkan tekanan untuk memanfaatkan peluan tersebut. Namun, apa yang lebih sukar adalah apabila kami ketinggalan dengan dua gol dan untuk mengurangkan defisit itu tidak mudah,” jelasnya. – AGENSI